Cara Handle: Kebanyakan agent baharu mudah give up. Bila sebulan bua...
Saya nak share satu masalah yang agak biasa berlaku dalam kalangan ejen: kebanyakan agent baharu mudah give up. Bila sebulan buat tapi tak ada closing terus fed up & tak nak buat sales lagi.
Pada pandangan saya, perkara ini biasanya berlaku kerana agen baharu tengok agen yang lama mudah buat sales, jadinya terikut-ikut. Yang selalu memburukkan keadaan ialah bila tak ada closing, dyorng terus menyepikan diri. Lama-lama hilang dari group & terus keluar maxxan.
Cara yang saya biasa gunakan ialah agent baharu kene anggap rezeki tu bukan sekadar closing sahaja. Kawan-kwan sekeliling kita tahu yang kita ni agent pon dah baik untuk kita punya promosi. Kene sentiasa bersabar & teruskan iklan & banyakkan aktiviti menjual rumah. Saya pernah berdepan situasi di mana saya sndiri pernah 6bulan tiada closing pada awalan masuk dalam bidang proporty. Tapi sentiasa pergi kelas & join viewing agent2 yang lama. Banyak belajar dari segi bercakap, handle client & beljar pasal sturktur rumah.
Harap ada satu point daripada sharing ni yang korang boleh ambil dan terus praktikkan.
— Arifudin
Comments
No comments yet.